eKelas Penggal 1 Minggu 1 (Matematik & Sains)

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

eKelas Penggal 1 Minggu 1 bagi matapelajaran Matematik dan Sains ini telah diadakan pada hari Sabtu, 16 Februari 2019 bertempat di Pusat Internet Bogag.

Sesi pembelajaran eKelas ini telah diadakan secara langsung (live tutorial) bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 bersama dengan guru eKelas yang telah dilantik. Dalam sesi pembelajaran ini, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang mereka telah lakukan samada secara individu dan juga berkumpulan.

eKelas ini telah diadakan dalam sesi yang berasingan bagi pelajar Tahun 6 hingga Tingkatan 5 berdasarkan waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual yang telah disediakan. Sesi eKelas ini telah dihadiri seramai 18 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali